BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (6)
TUGASAN BERKUMPULAN (4.1.2021)
4.
Batasan Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis |
Jadi, sambung dalam bab 1. Kita
ada 1.7 iaitu batasan kajian. Pelajar juga sering buat silap dalam bahagian
ini. Jadi, biasanya saya cadangkan dalam penulisan batasan kajian ini, anda
boleh buat dalam bentuk jadual pada mulanya. Dalam jadual ini, ada dua
bahagian iaitu batasan kajiannya dan justifikasi. Batasan kajian ini ialah
kita ingin menyatakan justifikasi tersebut. Anda perlu nyatakan mengapa anda
memilih sampel tersebut, mengapa anda memilih instrumen tersebut, mengapa
anda buat soal selidik. Jadi, contohnya, anda meletakkan batasan kepada 20
orang pelajar SK Serdang. Jadi, berikan justifikasi mengapa anda memilih 20
orang pelajar ini. Kemudian, 20 orang pelajar tadi anda tulis pelajar yang
berusia 9 tahun. Mengapa anda
memilih 20 orang pelajar SK Serdang? Mengapa bukan 30 orang? Mengapa bukan 21
orang? Mengapa bukan 19 orang? Berikan justifikasi. Mengapa SK Serdang?
Mengapa bukan sekolah di Perlis? Mengapa bukan sekolah di Terengganu? Anda
perlu berikan justifikasi. Biasanya, batasan kajian ini diambil daripada
metodologi. Daripada metodologi tentang sampel atau responden, lokasi kajian
atau anda menggunakan buku teks bahasa Melayu tingkatan 5. Mengapa anda
memilih bahan-bahan tersebut? Berikan justifikasi. Dalam bahagian justifikasi
ini, anda boleh letak ayat. Misalnya, anda mempunyai rujukan seperti
Normaliza Abd Rahim (2019) mengatakan bahasa … memang boleh meletakkan 20
orang pelajar…. Tetapi justifikasi tersebut perlulah ringkas dan ditulis
dalam bentuk jadual. Kemudian, anda huraikan. Sekiranya anda menggunakan
temubual, kenapa justifikasi itu? Kadang-kadang, orang tak letak sebab dah
sememangnya tahu untuk buat temubual tidak perlu letak. Yang penting adalah
siapa sampelnya, mengapa umur 9 tahun, mengapa lokasi itu, mengapa tidak
dibuat di negeri lain contohnya. Huraikan satu per satu berserta ulang
justifikasi dengan ayat yang panjang. Jadi, hurailah dengan lebih jelas dan
lebih panjang lebar supaya tidak ada persoalan daripada pemeriksa. Jadi,
apabila ada justifikasi, pemeriksa dapat baca jadual dan faham mengapa anda
berbuat justifikasi sedemikian. Contohnya, novel bertajuk Salina. Mengapa novel Salina? Mengapa bukan
novel-novel lain yang ada di pasaran DBP? Jadi, anda berikan justifikasi
novel tersebut misalnya kerana novel tersebut telah memenangi anugerah …
ataupun ianya menjadi buku teks tingkatan 5 pada tahun… contohnya. Jadi, anda letakkan justifikasi tersebut. Pastikan
justifikasi berdasarkan batasan kajian itu. Jadi, semuannya perlu ada
justifikasi dalam bentuk jadual dan huraikan di bawah jadual tersebut supaya
ia lebih jelas. Apabila jelas, sememangnya tiada persoalan daripada
pemeriksa. Dan juga dalam bahagian ini anda perlu ada penanda wacana supaya
nampak sebagai penulisan akademik. Itu adalah perkara yang amat penting. Jangan lupa batasan kajian.
|
4.
Limitation of Study (Chapter 1) #LetsWriteAThesis |
So, continue in chapter 1. We
have 1.7 which is the limit of the study. Students also often make mistakes
in this section. So, usually I suggest in writing the limitations of this
study, you can make it in table form at first. In this table, there are two parts,
namely by the limitations of the study and justification. The limitation of
this study is that we want to state the justification. You need to state why
you chose the sample, why you chose the instrument, why you created the
questionnaire. So, for example, you put a limit on 20 students of SK Serdang.
So, justify why you chose these 20 students. Then, you wrote 20 students who
are 9 years old. Why did you choose 20 SK Serdang students? Why not 30
people? Why not 21 people? Why not 19 people? Give justification. Why SK
Serdang? Why not a school in Perlis? Why not a school in Terengganu? You need
to provide justification. Usually, the limitations of this study are taken
from the methodology. Methodology of the responders, the location study or
your use of the Malay language textbook level 5. Why did you choose these
materials? Give justification. In this justification section, you can place
sentences. For example, you have a reference like Normaliza Abd Rahim (2019)
says language can indeed put 20 students…. But the justification must be
concise and written in tabular form. Then, you elaborate. If you use an
interview, why the justification? Sometimes, people do not put because they
already know to do the interview do not need to put. What matters is who the
sample is, why it is 9 years old, why the location is, why it is not made in
other countries for example. Explain one by one along with re-justification
with a long sentence. So, explain more clearly and at length so that there is
no question from the examiner. So, when there is justification, the examiner
can read the schedule and understand why you made such a justification. For
example, a novel entitled Salina. Why Salina's novel? Why not other novels
available in the DBP market? So, you give justification for the novel for
example because the novel has won the… award or it became a form 5 textbook
in… for example. So, you put that justification. Make sure the justification
is based on the limitations of the study. So, everything needs to be justified
in the form of a table and describe it under the table so that it is clearer.
When it is clear, there is no question from the examiner. And also in this
section you need to have discourse markers to appear as academic writing.
That is a very important thing. Do not forget the limitations of the study.
|
Rujukan Video:
https://youtu.be/oywLQj4vNXM
Bukti Subscribe:
Comments
Post a Comment