BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM
TUGASAN INDIVIDU (9.11.2020)
MUHAMMAD ALIF AUFA BIN JAMALUDIN
194438
Tugasan ini dihantar melalui email.
Berikut adalah tugasan yang dibuat.
Alim Mustaqbilah dilahirkan di United
Kingdom dan dibesarkan di sana sepanjang ibunya sedang menuntut pelajaran di
sana selama 6 tahun. Setelah pulang ke tanah air, Alim masih tidak mahir
bertutur Bahasa Melayu. Ibunya merasakan bimbang dan ingin menghantar anaknya
ke pusat tuisyen. Alim sekarang sudah berumur 21 tahun. Alim sering tidak
menumpukan perhatiannya ketika ibunya bercakap dengannya. Alim berhajat
ingin menjadi seorang pakar psikologi. Ibunya menasihatkan pada Alim bahawa
seseorang itu yang ingin menjadi seorang pakar psikologi perlu menjadi seorang
pendengar yang baik. Pada suatu hari, ibunya meminta Alim untuk ke pejabat pos
untuk menghantar surat. Ketia Alim berada di pejabat pos, Alim tidak mengetahui
bagaimana untuk melekatkan stem. Dia mencuba untuk mengopek stem itu. Akhirnya
Alim menghubungi ibunya untuk meminta pertolongan. Ibunya berkata dia hanya
perlu basahkan stem tersebut dengan air liurnya sahaja kerana stem itu sedia
lekat. Alim akhirnya Berjaya melekatkan stem tersebut dengan rasa gembira
Comments
Post a Comment