BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

 TUGASAN INDIVIDU (23.11.2020)

MUHAMMAD ALIF AUFA BIN JAMALUDIN

194438

Tugasan yang dihantar melalui email


Prof. Dr. Normaliza Menceritakan pengalam beliau semasa melanjutkan pelajarannya di United Kingdom selama 6 tahun yang dahulu. Semasa beliau berada di sana, beliau dan juga pelajar Malaysia yang lain secara umumnya perlu mencari tempat kediaman sementara atau rumah sewa yang berdekatan dengan penduduk masyarakat warga Pakistan . Ini adalah kerana memudahkan pelajar Islam khususnya untuk mendapatkan sumber makanan yang halal di sana dengan adanya kedai-kedai warga Pakistan di sana. Beliau juga berkata bahawa pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di situ mempunyai satu persatuan pelajar Malaysia. Semasa beliau pertama kali sampai di lapangan terbang di sana, beliau kagum  bahawa warga Malaysia adalah ramai. Meskipun terdapat banyak fasiliti atau kemudahan bagi pelajar muslim Melayu khususnya, beliau mengalami beberapa masalah kecil semasa berada di sana. Beliau dapati komuniti Melayu di sana kurang peramah seperti tidak bertegur sapa.

Pengalaman ini pernah berlaku kepada beliau semasa beliau berada di pasar raya. Beliau dapati sesetengah orang Malaysia tidak suka ditegur. Beliau berpendapat bahawa kita sebagai orang Malaysia seharusnya berbangga dengan sesama sendiri atas keberadaan masyarakat kita disana. Antara pengalam yang lain yang beliau pernah alami adalah di mana orang tempatan England di sana yang sedah mabuk pernah menempik kepada beliau dan rakan-rakan beliau semasa bergurau senda di luar. Beliau berasa takut dan lari menjauhkan diri daripada orang tersebut. Kehadiran orang bukan tempatan di sana menimbulkan rasa kurang selesa terutamanya dengan pelajar orang Islam. Ini adalah kerana mereka tidak suka akan cara pemakaian bertudung. Setelah insiden itu, beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik bagi kita untuk tidak berada lama di negara orang lain. Sekiranya mahu, melancong sahaja di negara orang adalah lebih baik.





Comments

Popular posts from this blog

asdasdasdasda