BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
TUGASAN INDIVIDU (4.1.2020)
194438
Masihkah Kau
Ingat?
BIL |
PENYATAAN |
HURAIAN |
1 |
Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat
sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku). |
Perbuatan ini dinamakan sebagai Plagiat.
Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pesalah laku plagiat ini
berdasarkan hukuman yang ditetapkan. |
2 |
Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada
penyelia atau jurnal. |
Platform ini merupakan
salah satu kaedah untuk mengelakkan perbuatan plagiat ini dengan memeriksa hasil
kerja kita dengan Turnitin. |
3 |
Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak
merujuk rujukan sekunder. |
Rujukan adalah amat penting dalam kerja kajian seseorang
itu bagi memberi sokongan terhadap hasil kerja kita berdasarkan rujukan sarjana
atau kajian lepas. |
4 |
Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami
tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel). 5. Menghadiri
seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan. |
Jurnal dan artikel yang terkini dengan jumlah yang
disarankan akan menguatkan kefahaman kita terhadap kajian kita. |
5 |
Menghadiri seminar atau persidangan
supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan. |
Seminar juga membantu kita dalam memperbanyakkan
pengetahuan kita tentang kajian yang berkaitan. |
6 |
Berbincang dengan penyelia tentang
penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain
kerana pelajar bukan pakar dalam bidang. |
Hasil kerja kajian kita perlu juga mengikut keperluan
dan saranan yang diberikan oleh penyelia kerana setiap penyelia mempunyai
gaya pemikiran yang berbeza. |
7 |
Jumlah halaman (lebih kurang) bagi
Bab I (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman -
PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab
5 (8-12 halaman). |
Hendaklah mengikut jumlah muka surat yang disarankan berdasarkan
tingkatan pengajian kita. |
8 |
Keseluruhan tesis seharusnya
mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan
151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti. |
Pelajar hendaklah memastikan bilangan
muka surat tesis adalah berdasarkan apa yang disarankan dimana setiap
universiti menetapkan jumlah muka surat yang berbeza. |
9 |
Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh
pengajian. |
Pelajar perlu bijak mengatur masa untuk menyiapkan tesis.
Pelajar juga perlu cakna dengan tarikh-tarikh penting yang melibatkan
penghantaran dan penyemakan tesis. Sekiranya pelajar gagal menghantar tesis
sebelum tarikh akhir, tesis berkemungkinan akan ditolak dan tidak dinilai. |
Rujukan:
Comments
Post a Comment