BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)
TUGASAN BERKUMPULAN (4.1.2021)
10. Kesimpulan (Bab
5) #JomTulisTesis |
Kita
akan mula membincangkan tentang penulisan dalam bab 5 ya. Dalam bab 5 kalau
kita lihat dalam buku ini, kita mempunyai 6 subtopik. Kita mulakan 5.1
pengenalan, seperti yang saya katakana sebelum ini, semua bab mesti
mengandungi pengenalan dan kesimpulan. Namun, bab 5 kesimpulan diganti dengan
penutup. Jadi pengenalan bab ini kita cuma huraikan apa yang terkandung dalam
bab 5 ini. Seterusnya kita akan membincangkan tentang rumusan. Bahagian
rumusan ini sebenarnya berapa jumlah objektif kita. Sekarang kita ada 2
objektif, jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan dalam 2
perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan, rumusan ini kita sudah pun
kita bincangkan dalam bab 4, tidak perlu panjang lebar. Jadi, kita mempunyai perenggan 1, perenggan 2 ,
kita rumuskan objektif 1 tentang mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi
cerita rakyat Melayu, letak dalam 1 perenggan. Kemudian, letak menganalisis
skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dalam
perenggan kedua. Jadi ingat ya, dalam rumusan tidak perlu lagi kita menulis
tentang apa data yang kita dapat, berapa orang sampel itu. Kita cuma letak
apakah keputusan kajian tapi dengan cara rumusan maknanya secara ringkas
sahaja. Namun, jika kajian kita berbentuk kualitatif maknanya dalam rumusan
kita letak data keputusan sahaja tetapi bukan data yang kita peroleh. Yang
itu kita boleh letak untuk penomboran.
Jadi perlu ingat dalam rumusan perlu ringkas dan tidak boleh sama dengan rumusan dalam bab 4, kena berhati-hati
disitu ya. Seterusnya kita masuk kepada implikasi. Implikasi ini ialah
tentang apakah implikasi kajian yang awak peroleh ini, memberi manfaat kepada
siapa? Kena senaraikan dalam bentuk perenggan juga. Implikasi ini agak
berbeza dengan apa yang awak tulis dalam kepentingan kajian. Yang ini lebih
terperinci lagi, kalau kita lihat kepentingan kajian dalam kalangan
masyarakat keseluruhannya. Jadi dalam implikasi, golongan siapa? Pelajar
sekolah rendah ke? Pelajar istimewa ke jadi kita kena rincikan dengan lebih
teliti. Kemudian kita masuk 5.4 ya, kebaharuan. Ini perkara yang baharu yang
mana biasanya tesis jarang kita dapat lihat tentang subtopik ini tetapi kita
perlu wujudkan subtopik kebaharuan. Apa kebaharuan ini? Dalam bahasa
Inggerisnya ialah novelty. Novelty ini penting ya, di mana kita akan
menunjukkan apa perkara yang kita peroleh yang kita dapat setelah kita
jalankan kajian. Kalau kita lihat dalam kajian ini ya, contohnya dalam animasi
cerita rakyat Melayu ini yang diterbitkan
oleh Dewan Bahasa & Pustaka contohnya ya, dia terbit tahun 2020,
baharu sahaja. Jadi tiada orang yang buat kajian ini hanya awak sahaja. Dan
contohnya skrip animasi ini memang perkara baharu diberi pendapat oleh pelajar
sekolah. Jadi perlu dihuraikan dalam 1 perenggan sahaja tentang apakah
kebaharuan yang terdapat dalam kajian awak ini. Seterusnya 5.5 adalah
cadangan. Cadangan ini biasanya pelajar buat silap dan salah sedikit. Boleh
buat dalam bentuk subtopik, jangan letak perkataan metodologi lepas tu
huraikan. Tidak jelas. Kena cadangkan tajuk. Contoh, kajian wacana tekstual
skrip animasi cerita rakyat Melayu, boleh cadangkan dalam skrip animasi ini
ada lirik lagu. Bawah awak perlu buat huraian tentang apa yang dicadangkan
ini. Barulah cadangan lebih fokus daripada 1 perkataan sahaja. Kemudian,
5.5.2 awak cadangkan perkara yang lain juga. Cadangan ini minima 3 dan
maksima 5 kerana ada pelajar yang letak 1 sahaja dan menunjukkan kajian awak
sebelum ini tidak lah begitu penting dan sampai tak ada lagi kajian lanjutan
yang boleh cadangkan. Letak tajuk, beri huraian. Akhir, penutup. Penutup ini
1 perenggan sahaja iaitu awak perlu tutup bukan sahaja bab 5 tetapi
keseluruhan tesis. Jadi perlu diingat ini ayat awak sendiri, tidak ada data
dan rujukan. Ini ayat awak sendiri nak tutup kajian. Keseluruhan bab 5 ini
biasanya 8-10 halaman, tidak perlu panjang kerana kalau dilihat pengenalan
ringkas sahaja, kalau penutup baru seperenggan-seperenggan baru 1 halaman
yang lain sahaja huraian. Jangan lebih-lebih, ada pelajar didapati ada sampai
20 halaman. Kadang-kadang banyak sangat halaman sebab rumusan ini, dia copy
paste daripada bab 4 atau huraian entah mana dia dapat. Ingat ya dalam rumusan ini tidak perlu
rujukan lagi dah sebab kita nak merumuskan. Implikasi pun tak perlu rujukan,
kebaharuan pun tidak perlu sebab bab 5 kebanyakan kita nak simpulkan
keseluruhan kajian yang kita jalankan. Ok.
|
10. Conclusion
(Chapter 5) #LetsWriteAThesis |
We
will start discussing the writing in chapter 5. In chapter 5 if we look at
this book, we have 6 subtopics. We start with 5.1 which is introduction, like
I said before, all chapters must contain introduction and conclusion.
However, chapter 5 of the conclusion is replaced by a cover. So in the
introduction to this chapter we just describe what is contained in this
chapter 5. Next, we will discuss the formula. Part of this summary is
actually how many of our objectives are. Now we have 2 objectives, so in
summary it means we will discuss in 2 paragraphs only. No need many paragraph,
we have already discussed this summary in chapter 4, no need to describe too
long. So, we have paragraph 1, paragraph 2, we summarize the objective 1 on
identifying textual discourse animation script Malay folklore, put in one
paragraph. Then, analyze the layout animation script Malay folklore among
primary school students in the second paragraph. So remember, in the formula
we no longer need to write about what data we get, how many people sample it.
We just put what the results of the study are but by summarizing the meaning
only briefly. However, if our study is qualitative in nature it means in the
summary we put only the result data but not the data we obtained. That we can
put for numbering. So keep in mind the formulation should be concise and
cannot be equal to summary in chapter 4, be careful. Next we get into the
implications. The implication is about what are the implications of this
study that you obtained, to whom? Must be listed in paragraph form as well. This
implication is quite different from what you wrote in the importance of the
study. This one is more detailed, if we look at the importance of research
among society as a whole. So in implications, which group? Primary school
students? Special students? so we have to go into more detail. Then we enter
5.4, novelty. This is a new thing where usually the thesis we rarely see
about this subtopic but we need to create a novelty subtopic. What is this
novelty? In English it is novelty. This novelty is important, where we will
show what things that we get after we do the research. If we look at in this
study, for example in the animation Malay folk tales published by Dewan
Bahasa & Pustaka example, he published in 2020, recently. So no one did
this study only you. And for example this animated script is indeed a new
thing given an opinion by school students. So it should be described in 1
paragraph only about what novelties are found in this study of yours. Next
5.5 is a suggestion. This suggestion is usually made by students who make
mistakes and are a little wrong. Can be made in subtopic form, do not put the
word methodology then explain. Not clear. Need to suggest a title. For
example, the study of textual discourse Malay folklore animation script, the
script can suggest in this animation are the lyrics. Below, you need to make
a description of what is being proposed. Then the suggestion is more focused
than just 1 word. Then, 5.5.2 you suggest something else as well. This
proposal is a minimum of 3 and a maximum of 5 because there are students who
put only 1 and show that your previous study is not so important and until
there is no further study that can be suggested. Put a title, give a
description. Finally, cover. This cover is 1 paragraph only i.e. you need to
cover not only chapter 5 but the whole thesis. So keep in mind this is your
own sentence, there is no data and reference. This is your own sentence to
close the study. The whole of chapter 5 is usually 8-10 pages, it does not
need to be long because if you look at the brief introduction only, if the
new cover of the new paragraphs 1 page is just another description. Do not
overdo it, there are students found up to 20 pages. Sometimes a lot of very
pages because of this formula, he copy paste from chapter 4 or description
somewhere he can. Remember yes in this summary there is no need for reference
anymore because we want to formulate. Implications do not need a reference,
nor do novelties need to be because chapter 5 most of us want to conclude the
whole study we conducted. Ok.
|
Rujukan Video:
https://youtu.be/KRrs_--kW8wBukti Subscribe:
Comments
Post a Comment