TUGASAN BERKUMPULAN (4.1.2021) 8. Metodologi (Bab 3) #JomTulisTesis Okay kita dah masuk ke bab 3 ya. Bab 3 ini bab metodologi, metodologi ini memang kita bila salah huraian, kalau salah huraian memang slaah semuanya ya. Jadi, kalau kita lihat dalam bab 3, okay, kita ada banyak subtopik, tujuannya supaya kita sendiri faham dan pemeriksa juga pun faham, orang lain dimana-mana sahaja berada dalam Malaysia, luar negara bila baca pun faham kerana kita huraikan cara kita menjalankan kajian. Itulah namanya metodologi. Jadi disini kita lihat, kita ada banyak subtopik ya, banyak subtopik disini iaitu pengenalan, reka bentuk kajian, kaedah kajian. Kaedah kajian dibahagi kepada sampel, jika perlulah maknanya kalau ada kita menggunakan sampel. Dan juga kita ada lokasi, kalau kita menggunakan responden untuk kat sekolah ke, dekat mana-manalah, orang kampung ke. Kemudian kita ada bahan ataupun instrumen kajian, kita ada prosedur, analisis ...