BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, saya dah pon
berjaya menghabiskan kursus BBN3402 ini dengan jayanya pada semester ini. Pelbagai
ilmu dan pengalaman yang dapat saya dapat dalam kelas yang diajar oleh Prof Dr.
Normaliza Abd Rahim. Prof merupakan seorang pensyarah yang banyak ilmu dan pengajaran
yang amat bermanfaat kepada kami sekelas. Meskipun beliau pada luarannya
kelihatan seorang yang garang, hakikatnya, beliau merupakan seorang yang baik
hati dan sentiasa memahami anak muridnya. Prof Dr Normaliza juga seorang yang
amat teliti dengan hasil sesebuah tugasan. Prof sentiasa berpesan kepada anak
muridnya agar menjadi seorang penterjemah yang berprofesional. Ciri-ciri
sebegini sering kali diingatkan bahawa diluar sana akan ada pelbagai jenis
klien atau pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah atau kehendaknya. Justeru
itu, hasil kerja kita hendaklah teratur, kemas dan menepati kehendak atau
ekspetasi pelanggan. Kelas ini merupakan
kelas berbentuk amali atau praktikal. Oleh itu, tugasan yang dapat tu agak banyak
dan perlu menepati masa tugasan itu perlu dihantar. Prof buat beigut sebab
beliau ingin mendidik kami menjadi penterjemah yang melaksanakan tugasannya
dengan pantas dengan tempoh masa yang sedikit. Latihan sebegini amat berguna
bagi kami untuk membiasakan diri kami di dunia pekerjan yang sebenar nanti. Walaupun tugasan yang diberikan banyak, tempoh
kuliah atas talian hanyalah selama sejam sahaja, meskipun kelas kami pada
asalnya pada jadual adalah selama 3 jam. Prof sebenarnya faham akan situasi anak
muridnya, di mana antara kami ada yang mungkin tak cukup data internet atau tiada
signal sebagainya.
Antara pengalaman yang lain yang saya dapat dalam kelas ni ialah kaedah pengambilan kehadiran pelajar yang
dibuat oleh beliau berbeza dengan
pensyarah-pensyarah yang lain. Prof akan minta pelajar untuk mengambil gambar pelajar
dengan memegang objek yang berbeza pada setiap minggu sebagai bukti kehadiran
pada kuliah tersebut. Kena pegang sudu lah, cawan lah. Nasib baik prof tak
suruh betul-betul pegang kuali untuk ambil gambar kehadiran. Menggelitau lah
pulak saya nak turun pergi punggah kuali mak kat dapur bawak naik. Allahu.
Pada mulanya saya berasa perkara ini lucu dan agak menyusahkan saya. Akhirnya
saya sedar bahawa kaedah ini sebenarnya bagus untuk membuktikan autentik
kehadiran pelajar tersebut. Dengan cara begini, pelajar tak akan dapat menipu
kehadirannya. Saya bersetuju dengan kaedah ini, kerana kita selalu nampak di media
sosial, seperti instagram, pelajar di luar negara membuat helah dengan merakam
diri mereka dan akan memainkan video tersebut di depan kamera webcam. Sangat
tak jujur. Bagi mereka lucu, tapi sebenarnya mengajar orang buat perkara tak
betul. Nak menuntut ilmu menipu pulak dengan pensyarah. Waiyazubillah.
Kesimpulannya
sepanjang kuliah dalam kelas ni adakalanya saya rasa seronok bergelak ketawa
dengan percakapan Prof semasa marah atau membebel dengan kesalahan kami.
Adakalanya saya rasa “malasnya nak siapkan tugasan Prof…banyak” (hihihih jangan
marah Prof). Tapi saya tahu semua tugasan yang diberi mengajar kami untuk jadi penterjemah
yang berkualiti tinggi. Menuntut
ilmu dari seseorang kenalah akur dan patuh dengan apa yang diajar dan disuruh.
Inshallah ilmu kita akan berkat dan kekal dalam dada kita. Sebelum saya mengakhiri
kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala tunjuk ajar Prof dan
mohon ampun dan maaf sekiranya saya ada membuat salah dan silap sepanjang semester
ini. Mohon halal segala ilmu yang diberi... Terima kasih. 😊.
SENARAI TUGASAN BLOG SETIAP MINGGU
MINGGU 1:
1. BBN3402SATU2020: MINGGU 1 EXCEL
MINGGU 2:
2. BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL
MINGGU 3:
5. BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL
6. BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI
MINGGU 4:
7. BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL
8. BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM
9. BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1
MINGGU 5:
10. BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL
11. BBN3402SATU2020: MINGGU 5 JADUAL EDITED
12. BBN3402SATU2020: MINGGU 5 JADUAL CLEAN
MINGGU 6:
13. BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK
14. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED
15. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN
16. BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS
MINGGU 7:
17. BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL
18. BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION
MINGGU 8:
19. BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI
20. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER
21. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS
MINGGU 9:
22. BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK
23. BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA
24. BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)
25. BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1
MINGGU 10:
26. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)
27. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)
28. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI (3)
29. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)
30. BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
31. BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)
MINGGU 11:
32. BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)
33. BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
34. BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK
35. BBN3402SATU2020: MINGGU1 TERJEMAHAN VIDEO(1)
36. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)
37. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)
38. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)
39. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)
40. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (6)
41. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)
42. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)
43. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)
44. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)
45. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)
46. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)
47. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)
Gambar kelas terakhir BBN3402
Comments
Post a Comment